Dah penat bekerja siang, malam, teringin lah pulak nak berehat menikmati flora dan fauna negara luar. Bercuti berehat didalam negeri kat tempat kita boleh di katakan semua tempat dah pergi. Teringin pulak nak nengok negara-negara luar… dari segi flora & fauna, rupa bumi, kaum, kebudayaan, sejarah dan macam-macam lagi lah… kata orang, “lain padang lain belalang” "jauh berjalan luas pandangan" …
Sebelum ini kami dah puas ke Indonesia, Jakarta, Puncak, Bandung juga Bali, Jokjakarta, Medan Lake Toba. Jakarta je saya dah melancong sebanyak 14 kali sejak umur 21 tahun dan yang terkini pada 02~06 Oktober 2009 lepas membawa 31 orang peserta rombongan sambil belajar. Pada peringkat awal dulu, saya melancong ke Jakarta ikut khidmat travel agent.
Hati ni nak juga melancung ke Jakarta, tapi nak buat cara rombongan budget dan berjimat (cam main kutu RM120 sebulan x 6 bulan), transparent, bukan mencari keuntungan macam travel agent buat tu. Maka pakat le ngan kengkawan nak mencuba melancung ke Indonesia secara rombongan budget ala keluarga cam kita gi Langkawi gitu lah. Hasil nya dah 4 kali kami buat rombongan budget ni. Semuanya puas hati dan nak pergi lagi.
Ikut syarikat travel agent dah tentu bayarannya mahal dan aturcara lawatan pulak dah fix dah tetap. Baik kita buat secara rombongan "Kos ditanggung bersama" "value for money" dan flexible". Aturcara lawatan kita sama-sama tentukan labeh baik daripada syarikat travel agent tawarkan. Kita menginap dihotel penginapan yang lebih kurang sama sebagaimana syarikat travel agent tawarkan. Makan minum sarapan pagi, tengahari dan malam ditempat yang sama syarikat travel agen bawa tetamunya makan. Cuma perbezaan dan kelebihannya, kos kita tawarkan di KONGSI BERSAMA murah..... Formulanya = KOS - KEUNTUNGAN = MURAH + BERKUALITI. Kepada sesiapa yang nak buat rombongan beramai-ramai atas Persatuan Penduduk, Syarikat, NGO, amat dialu alukan.
Sila lihat foto aktiviti rombongan ke Jakarta, Puncak & Bandung. klik "Galeri Bergambar Melancung" di ruangan kiri tu...
PERTANYAAN / PENDAFTARAN
Yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut & sebarang pertanyaan sila klik "Maklum Balas" diruang kiri... Saya akan respon secepat mungkin...
—————
—————
—————