Merealisasikan Destinasi Percutian Anda

Latar belakang

DAMAKSUTERA merupakan organsasi yang menguruskan tempahan percutian secara budget dan berkumpulan (rombongan). Destinasi percutian yang ditawarkan buat masa ini adalah ke destinasi-destinasi seperti Indonesia (Jakarta, Puncak, Bandung, Jogjakarta, Bali, Medan dan lain-lain).

Dah penat bekerja siang, malam, teringin lah pulak nak berehat menikmati flora dan fauna negara luar.  Bercuti berehat didalam negeri kat tempat kita boleh di katakan semua tempat dah pergi.  Teringin pulak nak nengok negara-negara luar… dari segi flora & fauna, rupa bumi, kaum, kebudayaan, sejarah dan macam-macam lagi lah… kata orang, “lain padang lain belalang” "jauh berjalan luas pandangan" …

Sebelum ini kami dah puas ke Indonesia, Jakarta, Puncak, Bandung juga Bali, Jokjakarta, Medan Lake Toba.  Jakarta je saya dah melancong sebanyak 14 kali sejak umur 21 tahun dan yang terkini pada 02~06 Oktober 2009 lepas membawa 31 orang peserta rombongan sambil belajar.  Pada peringkat awal dulu, saya melancong ke Jakarta ikut khidmat travel agent.

Hati ni nak juga melancung ke Jakarta, tapi nak buat cara rombongan budget dan berjimat (cam main kutu RM120 sebulan x 6 bulan), transparent, bukan mencari keuntungan macam travel agent buat tu.  Maka pakat le ngan kengkawan nak mencuba melancung ke Indonesia secara rombongan budget ala keluarga cam kita gi Langkawi gitu lah.  Hasil nya dah 4 kali kami buat rombongan budget ni.  Semuanya puas hati dan nak pergi lagi.

You can highlight important information or announcements in text like this.

Rombongan melancung ke medan, lake toba

Untuk permulaan saya dapat kumpul kengkawan seramai 12 peserta, buat rombongan budget ala-keluarga pertama  ke destinasi Medan Lake Toba pada 18 hingga 21/04/2008, 4 hari 3 malam, dekat sikit dengan Selangor kita kan... Segalanya berjalan dengan lancar amat menyeronokkan disulami dengan gelagat peserta dari permulaan pencarian peserta rombongan sehinggalah sekembalinya ke Malaysia.  Pelbagai ragam peserta sebagaimana dalam gambar akan saya kongsikan dalam blog ini. happy masing-masing melawat tempat tempat menarik sebagaimana yang telah ditetapkan.

Sahabat damaksutera

Akan dipastikan anda akan mendapat harga rombongan ke destinasi Jakarta, Puncak & Bandung dengan harga pakej yang benar-benar murah, jimat, selamat, selesa, semestinya merapatkan ukhuwah kekeluargaan dan dijamin happy.  Anda turut serta anda dapat...

Pastikan anda selalu menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pakej terkini.